Elon Musk Jadi Pengarah Tunggal Twitter, Pecat Keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah

Business & Finance
1 Nov 2022 • 4:34 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Elon Musk, orang terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter, menurut dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS - AFP

HOUSTON - Elon Musk memecat kesemua ahli lembaga pengarah Twitter pada Isnin, seminggu selepas memuktamadkan pengambilalihan gergasi media itu membabitkan bayaran sebanyak AS$44 bilion.

Tindakan itu sekali gus menjadikan CEO Tesla dan SpaceX itu sebagai pengarah tunggal Twitter, lapor Anadolu Agency (AA).

"Ini hanya sementara," ciap Musk selepas melakukan “pembersihan” terhadap barisan kepimpinan tertinggi syarikat itu.

Antara yang dipecat ialah Ketua Eksekutif Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan Ned Segal dan bekas pengerusi Bret Taylor.

Musk, orang terkaya di dunia turut menawarkan untuk membeli balik semua bon tertunggak Twitter, menurut dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS.

Pengambilalihan Twitter oleh Musk telah mencetuskan perdebatan mengenai kebebasan bersuara berbanding bahaya dalam talian dengan Musk sendiri sebelum ini mengkritik dasar penyederhanaan Twitter dan menuduh platform itu berat sebelah terhadap pandangan berhaluan kiri.

Musk belum lagi memperincikan rancangannya untuk visi Twitter, namun beliau dijangka melonggarkan peraturan penyederhanaan serta mengurangkan kakitangan syarikat secara menyeluruh .

Beliau juga dipercayai menerima idea meminta pengguna membayar untuk tanda "blue check" yang digunakan bagi mengesahkan akaun terkenal selebriti, ahli politik, pemimpin perniagaan dan wartawan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved