Pecat Semua Lembaga Pengarah Twitter, Elon Musk Kini Pengarah Tunggal

Technology
1 Nov 2022 • 6:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Lelaki terkaya di dunia, Elon Musk telah membubarkan lembaga pengarah Twitter sekaligus melantik dirinya sebagai ‘pengarah tunggal’ syarikat itu.

Menurut laporan sky news, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah, Bret Taylor dan bekas Ketua Eksekutif, Patag Agrawal adalah antara sembilan pengarah yang dipecat.

Difahamkan, kesemua ahli lembaga terdahulu telah disingkirkan agar hanya Musk yang berada di dalam carta organisasi lembaga pengarah Twitter.

Musk beli Twitter yang bernilai RM206 bilion

Tindakan itu dilakukan Musk sebagai sebahagian daripada pembelian platform media sosial itu yang bernilai AS$44 billion (RM207.6 bilion) minggu lalu selepas beberapa bulan berlaku perbalahan undang-undang.

Hartawan dan juga pemilik aplikasi Twitter itu turut sedang mempertimbangkan perubahan besar pada minggu pertama dia sebagai Ketua Eksekutif baharu syarikat itu.

Ingin kenakan bayaran terhadap pengguna komersial dan badan kerajaan

Musk juga mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan Twitter mungkin akan mula mengenakan ‘sedikit’ bayaran terhadap pengguna komersial dan badan kerajaan.

Dia yang tampil menerusi satu bebenang bagaimanapun menekankan bahawa aplikasi tersebut akan terus disediakan secara percuma buat pengguna biasa.

Baca artikel berkaitan:

Source: