Elon Musk Melabur $1 Bilion Pada Skydance – Syarikat Gabungan Warner Bros dan Paramount

EntertainmentBusiness & Finance
23 Oct 2026 • 2:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk Melabur $1 Bilion Pada Skydance – Syarikat Gabungan Warner Bros dan Paramount

Elon Musk kini dilaporkan telah melabur sebanyak $1 bilion pada syarikat hiburan, Skydance. Untuk makluman, Skydance adalah nama untuk syarikat gabungan Warner Bros dan Paramount, yang telah berlaku baru-baru ini.

Image from: Elon Musk Melabur $1 Bilion Pada Skydance – Syarikat Gabungan Warner Bros dan Paramount

Untuk makluman, pada awalnya Netflix ingin mengambil-alih Warner Bros, tetapi akhirnya pihak Paramount yang berjaya mendapatkan syarikat tersebut. Nama Skydance kini digunakan selepas proses pengambil-alihan ini.

Paramount diterajui oleh David Ellison, iaitu anak kepada pengasas Oracle, Larry Ellison. Sebelum ini, Larry Ellison pernah melabur $1 bilion pada Elon Musk dalam membantu pengambil-alihan Twitter pada 2022, selain turut melabur pada Tesla. Mungkin pelaburan Elon Musk pada Skydance ini dilihat lebih kepada membalas kembali bantuan yang telah diberikan sebelum ini oleh ayah David Ellison.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved