Elon Musk Membentuk Syarikat Baharu Memfokuskan Kecerdasan Buatan – xAI

TechnologyDigital
13 Jul 2023 • 1:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Elon Musk kini membentuk sebuah syarikat dan firma baharu memfokuskan kepada kecerdasan buatan, dinamakan sebagai xAI. Buat masa ini, tiada sebarang info penuh dinyatakan.

Melalui web xAI, ia sekadar menyatakan yang mana mereka menyasarkan untuk lebih memahami “sifat asal semesta” (“true nature of the universe“). Elon Musk melalui perkongsian beliau, menyatakan pembentukkan xAI ini adalah dalam usaha memahami realiti.

xAI ini turut dikatakan akan bekerjasama dengan syarikat lain dibawah Elon Musk, termasuk X (Twitter) dan Tesla.

Sebelum ini, dengan letusan dan perhatian yang diterima oleh OpenAI, ia pernah dikatakan Elon Musk akan hadir dengan syarikat dan firma memfokuskan kecerdasan buatan tersendiri. Hari ini, akhirnya ia diumumkan, dan semestinya ramai yang akan nantikan apakah perkembangan seterusnya dan penawaran produk bawah xAI ini kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved