Elon Musk Memecat 4400 Lagi Pekerja Kontrak Twitter

TechnologyDigital
14 Nov 2022 • 12:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah mengambil-alih Twitter untuk $44 bilion, Elon Musk telah memecat sekitar 3500 pekerja Twitter kerana khuatir syarikat tersebut akan mengalami kerugian operasi kerana jumlah pekerja yang terlalu ramai.

Ia dilaporkan bahawa pemilik baru Twitter tersebut telah memecat 4400 lagi pekerja kontrak dibawah platform media sosial tersebut. Para pekerja ini dilaporkan adalah dari dalam dan luar negara, dan bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan kandungan yang dipos di Twitter menepati undang-undang dan terma penggunaan platform tersebut.

Lebih aneh lagi, pemecatan skala besar ini dilaporkan juga berlaku tanpa sebarang amaran daripada Elon Musk ataupun mana-mana pegawai eksekutif syarikat tersebut, dan mereka mendapat tahu apabila tidak boleh mengakses panel pentadbir mereka.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah pelan pihak pengurusan Twitter untuk memastikan kandungan yang dipos oleh pengguna Twitter menuruti tatacara pengguna mereka, khususnya apabila kini ia dapat dilihat ramai pengguna menggunakan Twitter Blue untuk menyamar menjadi akaun rasmi jenama untuk ciapan berbaur troll di platform tersebut.