“Pandai Korang Pusing Cerita” – Dakwaan Langgar Kontrak, TikToker ‘Beep Beep’ Kata Syarikat Menipu, Tak Jujur

13 Nov 2022 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Muncul satu kontroversi mengenai seorang TikToker, Liana yang memaklumkan bahawa akaun TikTok miliknya telah di’hack’. Namun, kejadian itu berlaku kerana dia didakwa telah melanggar kontrak syarikat yang menyebabkan akaun TikTok tersebut diambil alih, eh yeke?

Oleh disebabkan kontroversi itu, jumlah pengikut di TikTok Liana telah menurun dan hal ini membuatkan TikToker terkenal dengan trademark ‘beep beep’ itu tidak mendiamkan diri.

Putar belit cerita

image is not available

Menurut posting dan komen yang telah dimuat naik oleh Liana, TikToker itu meminta agar pihak tertentu tidak memutar belitkan cerita sebenar agar tidak berlaku salah faham kepada semua pihak.

Tolong la jujur guys. Penat dah ni layan tipu korang. Cakap macam-macam. Pusing cerita pandai. Alhamdulillah dah boleh buka cerita. Jap ea, Liana bua video. – Liana

Liana juga memaklumkan bahawa dirinya tidak mahu mengganggu waktu hujung minggunya kerana itu adalah masa bersama keluarga buat dirinya.

Jadi sama-sama kita tunggu penjelasan dari TikToker itu sendiri okay.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media