Elon Musk Menekankan Akan Terus Menerajui Tesla Sebagai CEO

TechnologyDigitalCars
20 May 2025 • 11:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, telah hadir laporan mengatakan beberapa pelabur Tesla telah memulakan usaha mencari CEO baharu untuk syarikat automotif berkenaan, menggantikan Elon Musk. Usaha ini dimulakan selari dengan Elon Musk yang dilihat lebih terlibat dengan pentadbiran Donald Trump, dan kurang memberikan fokus terhadap Tesla.

Selari dengannya, hari ini Elon Musk berkongsi melalui temuramah, mengatakan akan terus menerajui Tesla, untuk lima tahun akan datang – atau mungkin lebih lama.

Elon Musk turut menekankan yang mana akan kekal menjadi CEO Tesla, selain pada masa yang sama mengekalkan kawalan terhadap syarikat berkenaan. Dengan perkongsian ini juga, Elon Musk mengatakan akan mengurangkan keterlibatan pada kempen politik pada masa akan datang.

Untuk makluman, selain Tesla, Elon Musk turut menerajui syarikat media sosial X dan juga syarikat memfokuskan aeroangkasa, SpaceX.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved