Elon Musk Bakal Diganti? Tesla Diam-Diam Cari CEO Baru Gara-Gara Penglibatan Dalam Isu Politik AS

WorldPolitics
2 May 2025 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Desas-desus mula bertebaran apabila Tesla kini dikatakan sedang giat mencari calon yang sesuai untuk menggantikan Elon Musk sebagai CEO syarikat tersebut.

Menurut laporan terbaru, pencarian ini telah dimulakan oleh ahli lembaga Tesla sendiri, susulan kebimbangan terhadap penglibatan Elon Musk dalam pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat di bawah bekas Presiden Donald Trump.

Walaupun belum ada nama calon yang disahkan, langkah ini menimbulkan tanda tanya besar tentang masa depan Musk di syarikat yang dibinanya.

Menariknya, minggu lalu Elon Musk tampil mengumumkan bahawa beliau akan “mengurangkan penglibatan dalam urusan politik dan lebih memberikan fokus kepada Tesla, satu langkah yang dilihat sebagai cubaan untuk kekal menerajui syarikat berkenaan.

Tesla ketika ini berdepan pelbagai cabaran besar, daripada persaingan sengit dalam pasaran kenderaan elektrik global, hingga ketidaktentuan kesan tarif yang bakal menjejaskan operasi dan keuntungan syarikat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Masa Depan 'Programmer' Diancam? Hampir 30% Kod Microsoft Ditulis Oleh Ai - CEO Microsoft