Elon Musk Mengacah Bakal Hadir Dengan Perkhidmatan Emel – XMail

TechnologyDigital
25 Feb 2024 • 1:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, kita telah mendengar berita palsu menyatakan GMail akan ditutup. Selari dengannya, pelbagai perkara berkaitan dengan arena emel terutamanya GMail menjadi perbualan ramai dalam internet. Elon Musk turut tidak ketinggalan, dan turut mengacah akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri, XMail.

image is not available

Ia tidak diketahui sama ada Elon Musk benar-benar akan hadir dengan perkhidmatan emel tersendiri – atau sekadar idea tanpa perancangan penuh lagi buat masa ini.

Apa pun, Elon Musk sedia dilihat telah mengkritik beberapa perkhidmatan dan pegangan Google sebelum ini, dan tidak mustahil beliau hadir dengan perkhidmatan pesaing GMail dalam menarik lebih ramai pengguna dibawah X.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan adalah Elon Musk akan hadir dengan XMail, dan sekiranya benar bagaimanakah reaksi pengguna dan keyakinan dalam menggunakan perkhidmatan emel tersebut.