Elon Musk Mengatakan Akan Membuang Ciri “Block” Pada X

TechnologyDigital
19 Aug 2023 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk kini berkongsi melalui X atau Twitter, menyatakan kelak akan membuang ciri “Block” atau menghalang orang daripada mengikuti sesuatu akaun di X. Elon Musk menyatakan tiada keperluan untuk mempunyai ciri “Block”, dan pengguna boleh menggunakan sokongan membisukan atau “Mute” sesuatu akaun sebagai alternatif.

Apa pun, Elon Musk menyatakan akan mengekalkan ciri “Block” pada bahagian DM.

Elon Musk memberikan respon kepada persoalan pengguna berkaitan ciri “Block” di X, dan sekadar menyatakan perkara berkenaan tanpa berkongsi lanjut berkaitan dengannya. “Block” sedia menghalang orang daripada melihat sebarang perkongsian, termasuk melihat profil dan sebagainya.

Perkara ini sedia menerima maklumbalas negatif daripada para pengguna X.

Selain maklumbalas pengguna, tetapan di App Store dan juga Google Play Store sedia mempunyai peraturan yang memerlukan ciri berkenaan disertakan oleh X pada aplikasi mereka.

Ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan diimplementasikan atau sebaliknya. Elon Musk sering memberikan respon pantas tanpa sebarang maklumat lanjut, dan ada yang tidak direalisasikan sehingga kini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved