Elon Musk Mengatakan Twitter Mengalami Kejatuhan Pendapatan Kerana Ramai Pengiklan Beralih

TechnologyDigital
5 Nov 2022 • 12:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk hari ini menyatakan yang mana Twitter mengalami kejatuhan pendapatan yang tinggi, disebabkan oleh sejumlah pengiklan yang menghentikan pengiklanan pada platform tersebut disebabkan tekanan para aktivis.

Namun, Elon Musk tidak mengatakan apakah yang dimaksudkan atau siapakah “aktivis” tersebut.

Elon Musk telah mengambil-alih perkhidmatan Twitter baru-baru ini, dan sejak daripadanya perkhidmatan media sosial tersebut menjadi perhatian ramai.

Sejumlah perubahan dilihat tidak disukai pengguna, dan para pekerja Twitter juga ramai dihentikan.

Buat masa ini, pendapatan pengiklanan untuk Twitter berjumlah sekitar 90% daripada pendapatan mereka.