Twitter Ingin Memperkenalkan DM Berbayar Untuk Menghubungi Selebriti Bagi Menjana Pendapatan

TechnologyDigital
4 Nov 2022 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak diambil ole Elon Musk, banyak perubahan akan dilakukan. Perubahan paling besar selain pengurangan tenaga kerja sehingga 50% ialah menjana pendapatan dengan segera. Antara yang telah disahkan ialah Twiter Blue dengan pengesahan identiti dan video berbayar. Terkini menurut laporan New York Times, Twitter mungkin memperkenalkan pula DM berbayar.

image is not available

Elon meminta kakitangan memikirkan idea untuk menjana pendapatan dengan segera. Antara cadangan ialah DM berbayar di mana pengguna boleh menghantar mesej kepada pengguna terkemuka di Twitter seperti selebriti. Peminat pelakon misalnya boleh menghantar DM berbayar untuk mendapatkan jawapan yang mungkin biasanya tidak dijawab. Keuntungan dari sistem ini akan dikongsi antara selebriti dan Twitter. Ia adalah seakan Cameo tetapi dalam versi DM.

Twitter perlu menjana pendapatan yang lebih tinggi di bawah Elon Musk kerana bayaran faedah tinggi yang perlu dibayar oleh bilionwan ini kepada bank. Ciri video berbayar yang ingin diberikan dilihat sebagai platform seakan OnlyFans. Elon juga ingin Vine dihidupkan semula bagi memberikan ciri yang sama seperti TikTok.