Elon Musk Mengatakan xAI Akan Menawarkan Grok 2 Dalam Bentuk Sumber Terbuka

TechnologyDigital
11 Aug 2025 • 2:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, pelbagai firma dari China yang menawarkan model kecerdasan buatan mereka dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus menerajui pasaran berbanding penyedia yang lain. Dari barat, yang menawarkan model dalam sumber terbuka adalah Meta. Selain itu, kini Elon Musk mengatakan xAI akan menawarkan model Grok 3 mereka dalam bentuk sumber terbuka pada minggu ini.

image is not available

Dengan langkah ini, para pembangun boleh melihat kepada kod Grok 2 dan menggunakannya dalam pembangunan model kecerdasan buatan masing-masing. Grok versi paling baharu adalah Grok 4, dan ia dilihat xAI memilih untuk menawarkan versi lama dalam bentuk sumber terbuka.

Selain Elon Musk, OpenAI juga baru-baru ini telah menawarkan model terbuka GPT-OSS untuk digunakan oleh yang lain.