Elon Musk kini mengesahkan yang mana capaian untuk perkongsian di X melibatkan pautan akan dihadkan capaiannya pada platform X atau dulu dikenali sebagai Twitter. Sebagai alternatif, Elon Musk mencadangkan untuk berkongsi teks pada perkongsian asal, dan seterusnya meletakkan pautan pada balasan perkongsian tersebut.
Perubahan ini dilihat tidak digemari sejumlah pengguna, apatah lagi Twitter sebelum ini sedia dikenali untuk perkongsian pautan dan memudahkan capaian serta informasi.
Untuk makluman, sebelum ini pihak Facebook turut melakukan perkara sama pada platform mereka, membuatkan perkongsian pautan dan sebagainya mempunyai kadar capaian rendah berbanding pada asalnya.
Just write a description in the main post and put the link in the reply. This just stops lazy linking.





