Tesla Menjual Figura Mini Robot Optimus

TechnologyDigitalCars
19 Nov 2024 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Robot Optimus oleh Tesla dikatakan akan menggantikan pembantu rumah, boleh menjadi penjaga anak dan juga bekerja di kilang. Elon Musk berkata robot yang dijual pada harga sekitar $20,000-$30,000 dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Walaupun dikatakan “mampu milik” oleh Elon, hakikatnya tidak ramai mampu membelinya. Maka minggu ini Tesla mula menjual Optimus dalam bentuk permainan.

image is not available

Permainan Tesla Bot Action Figure setinggi 7.16″ ini hadir dengan 20 sendiri pergerakan yang membolehkan ia diletakkan dalam pelbagai kedudukan oleh pemilik. Dari segi saiz ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.

Permainan ini dijual pada harga $40 (~RM179) sebuah. Walaupun baru sahaja dijual, Tesla Bot Action Figure sudahpun kehabisan stok di laman Tesla.




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved