Elon Musk Pertimbang Sama Ada Tesla Perlu Melabur $5 Bilion Pada xAI Atau Sebaliknya

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 10:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk hari ini melakukan bancian melalui laman sosial X, bertanyakan berkenaan adalah perlu untuk Tesla melabur sebanyak $5 bilion pada syarikat kecerdasan buatan milik Elon Musk, iaitu xAI.

Elon Musk menekankan penilaian syarikat akan dilakukan oleh pihak luar sebelum pelaburan Tesla, dan seperti biasa, ia tertakluk kepada kebenaran oleh para pemegang saham dan lembaga pengarah Tesla.

Seperti ramai sedia maklum, Elon Musk mempunyai beberapa syarikat pada hari ini dan memegang jawatan CEO pada beberapa syarikat berkaitan, termasuk Tesla, SpaceX, X Corp dan juga xAI.

Sebelum ini, Elon Musk juga pernah membuatkan SpaceX membeli sejumlah kempen pengiklanan melalui Twitter – sekaligus memperlihatkan peralihan dana dan duit dari satu syarikat ke yang lain.

Bercakap mengenai xAI dan Tesla sendiri, Elon Musk pernah menyatakan Tesla mengambil sejumlah pembelajaran daripada pembangunan xAI, termasuk membantu dalam pembangunan pusat data baharu Tesla, selain pembangunan teknologi swapandu.

Pada hari ini, xAI menawarkan produk berbentuk chatbot dinamakan Grok untuk pelanggan berbayar X. Elon Musk memasarkannya sebagai satu-satunya model kecerdasan buatan yang mempunyai akses kepada info masa-nyata melalui integrasi data X (dulunya dikenali sebagai Twitter).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved