Emas fantastik Eain Yow di Hangzhou 2022

5 Oct 2023 • 7:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Eain Yow hadiahkan emas kelima kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Khamis.

JAGUH skuasy negara, Ng Eain Yow meneruskan momentum hari gemilang kem skuasy negara apabila menghadiahkan emas kelima kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou 2022 pada Khamis.

Dalam perlawanan akhir acara perseorangan lelaki itu, pemain berusia 24 tahun berkenaan menewaskan pemain India, Saurav Ghosal 3-1 dalam pertarungan empat set berintensiti tinggi di Pusat Skuasy Olimpik Hangzhou.

Eain Yow sebelum ini mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir selepas menewaskan pemain dari Qatar, Abdulla Altamimi 3-1 dalam aksi separuh akhir, menang 9-11, 11-9, 11-5, 11-5, 11-7 ke atas Ghosal.

Perlawanan set pertama, Eain Yow mengalah 10-12 kepada Altamimi sebelum bangkit dua set berikutnya dengan 11-7, 11,9 dan 11-5.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved