Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

Business & Finance
12 Nov 2026 • 12:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

Harga emas dunia cuba bangkit selepas mengalami kejatuhan hampir 3% dalam sesi dagangan Selasa, namun momentum pemulihan gagal bertahan apabila tekanan jualan kembali menguasai pasaran. 

Setakat 12 November 2026, harga emas kini berada sekitar AS$3,978 seauns, lebih rendah berbanding paras pemulihan sekitar AS$4,057 yang dicatatkan pada awal dagangan Rabu.

Inflasi AS Cetus Tekanan Jualan

Penurunan harga emas didorong oleh data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang meningkat 0.4% pada Oktober, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 0.3%. 

Bacaan tersebut menunjukkan tekanan inflasi masih berterusan dan mengurangkan harapan terhadap pelonggaran dasar monetari dalam masa terdekat.

USD Mengukuh, Emas Hilang Tarikan

Dalam masa sama, pengukuhan dolar AS memberikan tekanan tambahan apabila mata wang tersebut meningkat ke paras tertinggi sejak April 2025. 

Keadaan ini menjadikan emas lebih mahal kepada pembeli antarabangsa, manakala peningkatan hasil dan jangkaan kadar faedah turut mengurangkan daya tarikan aset yang tidak memberikan pulangan faedah.

Fed Berpotensi Naikkan Kadar Faedah

Jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada Disember semakin meningkat selepas data inflasi diterbitkan. 

Pasaran kini melihat kebarangkalian kenaikan 25 mata asas, sementara kemungkinan kenaikan lebih agresif sebanyak 50 mata asas turut meningkat kepada 12.9%, berbanding sifar sebelum laporan inflasi dikeluarkan.

Pembelian Bank Pusat Hadkan Kejatuhan

Walaupun tekanan jangka pendek masih memihak kepada penjual, pembelian emas oleh China dan beberapa bank pusat lain terus memberikan sokongan kepada pasaran. 

Permintaan tersebut membantu mengehadkan kejatuhan lebih besar ketika pelabur berdepan perubahan jangkaan terhadap dasar monetari AS.

[chart pair=”xauusd” period=”D1″] 

Intraday Outlook: 

Harga emas dijangka kekal di bawah tekanan dengan[aras AS$4,000 menjadi kawasan penting untuk diperhatikan. 

Kegagalan kembali melepasi parah tersebut boleh membuka ruang kepada penurunan lanjut, manakala pengukuhan semula di atas AS$4,000 berpotensi memberikan peluang pemulihan. Tumpuan pasaran kekal pada pergerakan dolar AS dan kenyataan pegawai Fed.


Nak tingkatkan ilmu trading dengan lebih tersusun?

Jom sertai INTRADAY Education di Telegram untuk dapatkan perkongsian pendidikan trading, info kelas dan bahan pembelajaran yang boleh bantu anda terus konsisten dan berjaya sebagai trader.

Tekan link di bawah dan join sekarang.

👉 JOIN CHANNEL INTRADAY EDUCATION: https://t.me/+A7vQ2utf5hM5ODNl

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved