Emas Sukar Uji Paras $4,100 Susulan Serangan Berterusan AS-Iran

WorldBusiness & Finance
13 Jul 2026 • 9:30 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Emas Sukar Uji Paras $4,100 Susulan Serangan Berterusan AS-Iran

Harga emas terus bergerak rendah si bawah $4,100 pada pembukaan minggu apabila pasaran memberi tumpuan kepada ketegangan yang semakin memuncak antara Amerika Syarikat dan Iran, selain menantikan data inflasi Amerika Syarikat minggu ini.

Pada jam 9.10 pagi, harga emas didagangkan pada paras $4,079 iaitu susut 1% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.

Tentera Amerika Syarikat dilaporkan melancarkan satu lagi siri serangan ke atas Iran pada hari Ahad bagi melemahkan keupayaan Tehran menyerang kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz.

Serangan itu dilihat sebagai usaha Washington untuk melindungi laluan perdagangan minyak yang penting kepada bekalan tenaga dunia.

Konflik yang berterusan telah meningkatkan kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak dan inflasi global. Keadaan ini mengukuhkan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama.

Walaupun emas sering menjadi pilihan pelabur ketika ketidaktentuan geopolitik meningkat, jangkaan kadar faedah yang tinggi terus mengehadkan kenaikan logam berharga itu kerana emas tidak menawarkan pulangan dalam bentuk faedah.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat bagi bulan Jun yang akan diumumkan pada hari Selasa. Penganalisis menjangkakan inflasi keseluruhan turun 0.1% berbanding bulan sebelumnya, manakala inflasi teras dijangka meningkat 0.3%.

Jika data inflasi lebih rendah daripada jangkaan, tekanan terhadap dolar AS berkemungkinan berkurang dan ia boleh memberi sokongan kepada harga emas serta komoditi lain yang didagangkan dalam dolar AS dalam tempoh terdekat.


Nak jumpa kami secara bersemuka? Singgah ke Invest Fair di Mid Valley Exhibition Centre pada 18-19 Julai 2026, di Booth 330, Hall 3. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan merchandise eksklusif Intraday, selagi stok masih ada!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved