Emma awasi perangkap Whitehead

26 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Emma awasi perangkap Whitehead

PETALING JAYA: Jaguh boling padang negara, Emma Firyana Saroji enggan memandang mudah cabaran atlet Isle of Man, Caroline Whitehead pada aksi pertama peringkat Kumpulan Perseorangan Wanita Sukan Komanwel 2026.

Pemain No.1 Dunia itu berkata, meskipun belum pernah berdepan lawannya itu di pentas antarabangsa, namun beliau tetap berwaspada dengan cabaran yang bakal diberikan oleh Whitehead.

Menurutnya, faktor rakan sepasukan yang memulakan langkah kanan dalam acara Perseorangan lelaki dan Beregu Wanita memberi sedikit motivasi buatnya dalam menghadapi aksi pembukaan pada 28 Julai ini.

“Ya, ia sangat memberi motivasi kepada saya untuk memulakan perlawanan pertama nanti, katanya kepada Mingguan Malaysia.

Dalam pada itu, Emma juga mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejutan ketika memulakan kempen.

“Sama strategi untuk semua game, saya perlu letak bowls pertama saya sedekat yang mungkin dengan Jack dan perlu konsisten pada setiap balingan bowls.

“Saya juga tidak pernah berjumpa dengan Caroline di mana-mana kejohanan sebelum ini,” katanya.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018 itu mengakui semangatnya semakin membara untuk memulakan saingan selepas menjalani persiapan rapi bersama skuad negara.

Emma dijangka mempertaruhkan segala pengalaman dimilikinya untuk memastikan langkah pertama berjalan lancar sekali gus membuka laluan memburu kejayaan pada temasya kali ini.

Rekod pencapaian Emma juga membuktikan dia memiliki keupayaan untuk mencabar sesiapa sahaja selepas pernah bergelar juara dunia Champion of Champions 2015 selain muncul juara Piala Dunia Boling Padang 2025. – UTUSAN

The post Emma awasi perangkap Whitehead appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved