Emma Maembong & bekas suami luang masa dengan anak2, netizen doa agar cinta berputik kembali

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
emma maembong

Pelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak apabila berkongsi gambar bersama di Instagram cahaya mata mereka, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah.

Dalam posting tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.

image is not available

Anak2 Emma Maembong seronok keluar bersama ibu dan bapa

Menerusi hantaran berkenaan, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.

Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.

“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.

Komen doa Emma Maembong & bekas suami kembali bersama di likes

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian netizen di media sosial apabila melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.

Susulan daripada itu, beberapa netizen telah meninggalkan komen mendoakan agar cinta antara mereka kembali berputik dan pelakon itu telah memberikan tanda suka diucapan berkenaan.

image is not available

Mana tahu cinta berputik kembali

image is not available

Peminat tetap doakan yang terbaik

image is not available

Terdahulu, pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.

Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai.

Dia dan bekas suami masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.

Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.

Sumber: Instagram shariqgabriel