Shikin Maembong Ulas Kes Cerai Emma - “Ada Nasihat Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami..”

26 Oct 2024 • 8:07 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada penyanyi, Cat Farish, Shikin Maembong mendedahkan adiknya, Emma Maembong ada meminta nasihat berhubung kes cerai bersama bekas suami baru-baru ini. 

Nasihat Emma

Kongsi Shikin, dia ada menitipkan nasihat agar Emma terus mengekalkan hubungan baik bersama bekas suami demi anak-anak. 

“Bila apa-apa berlaku di rumah tangga dia tidak membuka aib suami, salah faham atau masalah kita yang akan kawal perkara itu.

“Kalau luah dekat orang lain, mereka tiada di situasi itu, jadi ia akan merebakkan masalah tersebut.

“Sebagai kakak saya ada nasihat dan saya juga tetap mendokan yang terbaik.

“Yang mana buat dia gembira kami sokong sahaja. 

“Yang penting hubungan dia dan bekas suami baik, kalau rasa tiada jodoh tidak mengapa tetapi hubungan harmoni itu masih dikekalkan kerana masih ada anak jadi untuk mengelakkan perkara lain,” katanya ketika ditemui Gempak baru-baru ini. 
 

Sementara itu, Shikin turut sempat berkongsi bahawa dia dan suami, Cat Farish turut menpraktikkan perkara yang sama bersama bekas pasangan masing-masing. 

“Kami memang mengekalkan tidak bermusuh dengan sesiapa sebab ada anak.

“Contohnya macam saya dan Cat masing-masing ada bekas suami dan isteri jadi semuanya masih kekalkan hubungan yang baik,” tambahnya lagi.

Terdahulu,  Emma Maembong mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar secara baik dan sudah tamat menjalani tempoh idah.

Menurut Emma, dia memilih pendekatan tidak menghebohkan berita perceraiannya selama ini kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.