Emma Maembong Dan DJ Kidd Dilihat Mesra Bersama

EntertainmentMusic
20 Feb 2025 • 12:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
emma maembong

Sebelum ini, nama pelakon Emma Maembong dikaitkan dengan seorang DJ kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd. Terkini, DJ Kidd sendiri telah berkongsi gambar mesra dirinya bersama Emma dan anak, menguatkan lagi spekulasi yang timbul.

“Love you guys” – DJ Kidd.

Dalam gambar yang dikongsi, Emma dilihat berdiri di sisi DJ Kidd bersama dua individu lain yang dipercayai rakan mereka. Namun, yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen ringkas dari DJ Kidd.

DJ Kidd turut memuat naik video dirinya mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak bongsu Emma, Shakil Aryan Shah, ketika berada di sebuah zoo.

image is not available

DJ Kidd pernah luah perasaan pada Emma Maembong…

Bukan kali pertama nama mereka dikaitkan, pada Januari lalu, DJ Kidd secara terbuka mengakui bahawa Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, sudah ‘berada di dalam hatinya’.

Sebelum ini juga, timbul spekulasi mengatakan Emma telah mendirikan rumah tangga dengan seorang DJ selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar. Namun, sehingga kini tiada pengesahan rasmi mengenai perkara tersebut.

image is not available

#ApaKataOhmedia

Spekulasi dan gosip dalam dunia hiburan memang tak pernah surut, tapi sebagai peminat, penting untuk kita tidak membuat andaian melulu.

Sekarang ni ada yang kata nak Emma dengan Zizan Razak la, apa la, apapun kita hormati privasi selebriti dan elakkan menyebarkan berita yang belum disahkan. Doakan sahaja yang baik-baik ok.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


The post

appeared first on

.