Emma Maembong & DJ Kidd Cetus Spekulasi, Muat Naik Video Mesra Bersama Anak

EntertainmentLifestyle
19 Feb 2025 • 4:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

DJ kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd sekali lagi telah mencuri perhatian apabila berkongsi foto di Instagram yang memaparkan pelakon Emma Maembong berdiri di sisinya.

Bukan berdua sahaja, gambar tersebut turut memaparkan dua individu lain yang dipercayai rakan baik mereka.

image is not available

Tanpa menulis kapsyen panjang, DJ Kidd hanya meluahkan rasa sayang terhadap ketiga-tiga individu dalam foto itu, termasuk Emma.

Love you guys.

Lebih menarik lagi, DJ Kidd telah memuat naik video dirinya mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak bongsu Emma, Shakil Aryan Shah, ketika berada di sebuah zoo.

image is not available

Pada Januari lalu, Emma dan DJ Kidd menjadi bualan selepas lelaki itu secara terbuka menyatakan perasaannya terhadap pelakon tersebut. Dia juga mengakui bahawa Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, kini berada di dalam hatinya.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Emma telah mendirikan rumah tangga dengan seorang DJ selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

image is not available 2 weeks ago

Ditanya Mengenai Status Hubungan Dengan Emma Maembong, Ini Respon Bersahaja DJ Kidd