Emma Maembong, Keith Foo Dan Izzue Islam Bergandingan Dalam ‘Suamiku Anak Mak’, Mula Bersiaran Malam Ini

26 Oct 2026 • 6:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Emma Maembong, Keith Foo Dan Izzue Islam Bergandingan Dalam ‘Suamiku Anak Mak’, Mula Bersiaran Malam Ini

Konflik rumah tangga yang dipengaruhi hubungan rapat seorang suami dengan ibunya menjadi tumpuan megadrama terbaharu, Suamiku Anak Mak yang mula bersiaran di Astro Ria, malam ini.Menampilkan Emma Maembong, Keith Foo, Izzue Islam dan Dian P. Ramlee, drama tersebut mengetengahkan dilema pasangan suami isteri apabila pengaruh keluarga mula menguji keharmonian perkahwinan.Menerusi watak Haris yang dikaitkan dengan gelaran anak mak, penonton dibawa menyelami cabaran seorang lelaki mengimbangi tanggungjawab terhadap ibu dengan komitmen kepada isteri.Kasih sayang kepada ibu bukan suatu kesalahan, namun konflik tercetus apabila campur tangan keluarga mula mempengaruhi kepercayaan serta persefahaman antara pasangan.Keadaan itu turut menguji kemampuan seorang isteri mempertahankan rumah tangga ketika berdepan pengaruh keluarga suaminya.Selain konflik bersama mentua, Suamiku Anak Mak mengetengahkan kepentingan komunikasi dan kematangan dalam menguruskan hubungan kekeluargaan.Persoalan mengenai batas campur tangan, keutamaan serta tanggungjawab menjadi antara perkara yang mendasari perjalanan cerita.Naskhah tersebut turut mengangkat cabaran menyesuaikan diri dengan keluarga mentua tanpa mengetepikan hak serta perasaan pasangan.Suamiku Anak Mak mula bersiaran pada pukul 10 malam ini, 26 Oktober, menerusi Astro Ria dan boleh distrim melalui platform sooka.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved