Emma Maembong puji DJ Kidd rajin, terpikat sifat kebapaan

Entertainment
19 Oct 2026 • 1:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Emma Maembong puji DJ Kidd rajin, terpikat sifat kebapaan

SHAH ALAM – Pelakon Emma Maembong menyifatkan kekasihnya yang dikenali sebagai DJ Kidd sebagai seorang lelaki yang rajin bekerja dan sangat bertanggungjawab.

Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 34, sikap DJ Kidd yang sentiasa mementingkan keluarga turut menjadi faktor utama yang membuatkan hatinya terpaut kepada lelaki tersebut.

“Dia seorang yang sangat bekerja keras dan suka membuatkan saya ketawa. Dari dahulu lagi orang sering bertanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman yang saya mahukan.

“Jawapan saya mudah — saya tidak kisah sama ada dia kaya atau tidak, asalkan dia mementingkan keluarga, pandai membawa diri dan bertanggungjawab.

“Saya pula seorang yang mengutamakan keluarga, jadi semua ciri itu ada padanya. Walaupun corak pekerjaannya begitu, insya-Allah jika ada rezeki yang baik, segalanya akan dipermudahkan,” katanya kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Ditemui pada majlis Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), dia mengakui selesa bersama teman lelakinya itu kerana sifat kebapaan selain tidak berkira soal perbelanjaan setiap kali keluar bersama.

“Sifat kebapaan dia sangat tinggi tambahan pula dia juva sudah mempunyai dua orang cahaya mata, jadi apabila bersama dengan anak saya, secara automatik tahu bagaimana hendak menjaga mereka.

“Dia juga sangat kuat berusaha dan sanggup bekerja siang malam demi memberi komitmen kepada saya.

“Tidak pernah sekali pun saya perlu membayar makan atau perbelanjaan lain sendiri kerana semuanya dia yang selesaikan. Walaupun pendapatannya kadang-kadang tidak menentu, dia tetap bayar dan saya rasa disebabkan itulah rezekinya mencurah-curah,” katanya lagi.

Ujarnya, kegigihan dan keikhlasan yang ditunjukkan DJ Kidd sepanjang tempoh perkenalan membuatkan dia semakin yakin untuk meneruskan hubungan bersama.

“Insya-Allah mana tahu suatu hari nanti dia akan kaya dan menjaga saya, kita tidak tahu masa depan.

“Namun, saya tidak memandang semua itu kerana yang saya lihat hanyalah ketulusan hatinya.

“Jadi, segala usaha dan komitmen yang ditunjukkannya selama ini benar-benar membuatkan saya rasa dia seorang yang cukup baik (not bad),” ujarnya.

Terdahulu, hubungan mereka bermula secara tidak disangka selepas DJ Kidd mengirim salam menerusi rakan mereka sejurus Emma disahkan bercerai.

Sebelum ini, timbul gosip mengatakan Emma sudah berkahwin dengan DJ Kidd apabila didakwa bercuti bersama di luar negara.

Namun, Emma menafikan dakwaan sudah berkahwin dan menegaskan tiada hubungan istimewa antara mereka.

Pada Oktober 2024, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

The post Emma Maembong puji DJ Kidd rajin, terpikat sifat kebapaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved