Emma banyak sokong, walau orang lain rendahkan saya – DJ Kidd

EntertainmentLifestyle
19 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Emma banyak sokong, walau orang lain rendahkan saya – DJ Kidd

SHAH ALAM: Jejaka yang dikaitkan menjalin hubungan istimewa bersama pelakon, Emma Maembong iaitu DJ Kidd berkata kehadiran aktres itu dalam hidupnya banyak membuka pintu rezeki.

DJ Kidd atau Nur Irfan berkata, Emma memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya walau dirinya sering direndahkan oleh masyarakat.

“Saya okay saja, dia (Emma) banyak memberi rezeki. Emma adalah punca rezeki saya.

“Emma banyak bantu dan menyokong saya, walaupun ramai orang merendahkan saya tetapi hanya Allah yang tahu.

“Saya akan buat yang terbaik untuk Emma. Doakanlah yang terbaik untuk kami,” katanya.

DJ Kidd ditemui semasa Anugerah Melodi Terhangat 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, semalam.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, DJ Kidd mengakui pernah berada di fasa merasakan dirinya tidak layak untuk bersama Emma Maembong namun pelakon itu bagaimanapun meyakinkannya bahawa keikhlasan lebih penting berbanding harta.

“Sebelum ini ramai orang yang pandang rendah dengan saya. Saya selalu tanya tak rasa rendah darjat ke kalau berkawan dengan saya.

“Emma adalah seorang wanita yang tidak memandang harta. Dia lebih mementingkan hati budi dan orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya.

“Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Saya akan menjaga hatinya, jangan bagi dia sedih dan berikan perhatian buatnya,” katanya.

Walaupun tidak pernah mengesahkan status mereka sebagai pasangan kekasih, hubungan Emma dan DJ Kidd kerap menjadi tumpuan apabila mereka sering dilihat bersama.

Malah, Emma sebelum ini berkongsi memang berkawan rapat dengan jejaka itu dan keluarga mereka sudah saling mengenali.

Bagaimanapun, pada Mac lalu, DJ Kidd mendedahkan bahawa dia sudah tidak lagi bersama aktres berkenaan namun mereka kembali dilihat bersama tidak lama selepas itu. -UTUSAN

The post Emma banyak sokong, walau orang lain rendahkan saya – DJ Kidd appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved