Emma Maembong selamat lahirkan anak kedua

Entertainment
11 May 2023 • 11:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki keduanya seberat 3.4 kilogram. - Foto IG emma_maembongofficial

EMMA Maembong melahirkan rasa syukur selepas selamat melahirkan bayi lelaki keduanya seberat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami kepada pelakon berkenaan iaitu Muhammad Shazli Azhar di laman Istagram @emma_maembongofficial.

“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial. We got another one baby boy coming in hot at 3.4 kilogram, normal labor, Allah is the greatest. @shariqgabriel big brother now,” kongsinya. Suami Emma turut memuat naik video yang memperlihatkan wajah comel cahaya mata mereka.

Rata-rata rakan selebriti dan netizen turut teruja selain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut serta mendoakan agar segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun. - Awani