Selamat Melahirkan Baby Boy, Emma Maembong Namakan Cahaya Mata Keduanya Shakil Aryan Shah

Entertainment
11 May 2023 • 2:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Berita gembira itu dikongsi suaminya, Muhammad Shazli Azhar dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya yang dimuat naik semalam. - Gambar Instagram Muhammad Shazli Azhar dan Emma Maembong

Pelakon cantik  Emma Maembong selamat melahirkan  bayi lelaki seberat 3.4 kilogram yang merupakan cahaya mata keduanya secara normal. 

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Muhammad Shazli Azhar dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya yang dimuat naik semalam, namun tarikh kelahiran anak keduanya itu tidak disertakan. 

Menurut Shazli,dia  bersyukur isterinya selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota dekat sini.

“Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang lagi (anak) lelaki seberat 3.4 kilogram (kg) menerusi kelahiran secara normal. Allah maha besar. 

“Shariq Gabriel (anak pertama) bergelar abang sekarang,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram tersebut. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Shazli (@shazli.a)

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, turut berkongsi paparan yang memperlihatkan anak sulungnya Shariq Gabriel sedang memangku adik kecilnya itu sambil diperhatikannya. 

Apa yang melucukan, Shariq Gabriel mula-mula dilihat seakan merajuk terhadap ibunya, Emma tetapi rajuknya tidak lama. Sejurus selepas itu, Shariq Gabriel berlari mendapatkan Emma dan terus memeluk dan mencium ibunya itu. Maklumlah dua hari tidak berjumpa. 

Mac lalu, Emma berkongsi kepada umum bakal menimang cahaya mata lelaki kedua sekali gus menyangkal ramalan ramai jantina bayinya adalah perempuan.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli pada 20 Februari 202 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.  – Getaran, 11 Mei 2023