Emma Maembong Tegur Pasangan Suka Dedah Aib Rumah Tangga Di Media Sosial – “Anak Kena Bahan Di Sekolah, Kita Tak Tahu..”

LocalFamily & Parenting
26 May 2025 • 11:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Emma Maembong mengakui kurang senang dengan tindakan sesetengah pasangan popular yang suka membuka aib rumah tangga kepada umum.

Memetik laporan Kosmo! Online, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail menegaskan bahawa situasi sebegitu boleh memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan mental anak-anak.

image is not available

Saya tak suka tengok suami isteri buka aib satu sama lain dalam media sosial. Bila besar anak-anak akan buat carian dalam internet, tak bagus untuk mental mereka.

 

Kadang-kadang kita tak tahu pun anak-anak kena bahan atau diejek di sekolah. Kita rasa buat yang terbaik nak selanatkan anak dari ibu bapa tak berguna tapi kasihan anak.

 

Anak-anak nampak bapa sebagai superhero manakala ibunya superwoman. Saya kurang suka orang bergaduh dalam media sosial.

Dalam pada itu, pelakon itu berpendapat bahawa pergaduhan antara dua orang dewasa untuk mendapatkan hak anak juga hanya semata-mata dilakukan demi kepuasan diri kerana padanya, anak-anak masih perlukan kedua ibu bapa.

 

Saya pantang dengar orang bergaduh nak ambil hak anak dengan alasan ‘bapa tak bagus’, tak boleh cakap begitu. Bagi anak, dia hero. Bapanya adalah segala-gala buat mereka.

 

Bila bergaduh, hak anak dapat tiba-tiba minta pengasuh atau mak yang jagakan budak-budak.

Berkongsi lanjut, pelakon itu memaklumkan dia dan bekas suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar bekerjasama dalam menjaga anak mereka walaupun sudah berpisah.

image is not available

Saya ibu tunggal sekarang tapi kami (bersama bekas suami) sepakat. Kalau saya menjalani penggambaran, anak-anak bekas suami yang jaga.

 

Kalau dia ‘terbang’, saya pula ambil alih tanggungjawab untuk jaga mereka.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 days ago

"Saya Akan Fight Habis-Habisan Hak Jagaan Nanti!" - Lebih RM3K 'Burn', Jofliam Dakwa Cik Epal 'Halang' Bawa Anak-Anak Bercuti Luar Negara