
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, ada sahaja kemelut rumah tangga atau kisah penceraian pasangan suami isteri yang dipaparkan di media sosial.
Keadaan ini pastinya menjadi bualan ramai apatah lagi masalah yang dihadapi dipertontonkan untuk tatapan umum.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Jadikan Cerai & Rujuk Sebagai Konten – PU Syed [Video]
Apa yang turut menjadi perhatian adalah apabila ada pihak yang tampil mengeluarkan pendapat dan nasihat khusus untuk pasangan suami isteri dalam melayari mahligai yang dibina.
Namun kadangkala, nasihat yang diberi boleh mencetuskan perdebatan terutama jika ia dilihat tidak realistik.
Lelaki Jelas Isteri Tak Layan Suami Akan Kalah, Siap Bagi Contoh Jika Ada Perempuan Lain Beri Layanan Lebih Baik
Baru-baru ini, tular di media sosial kenyataan seorang lelaki tentang layanan isteri terhadap suami.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, lelaki berkenaan siap memberi contoh jika ada perempuan lain di luar sana yang dapat memberi layanan yang lebih baik terhadap si suami.
Jelasnya, seorang isteri yang tidak melayan suami akan kalah dengan wanita lain di luar yang pandai melayan.
“Contohnya diorang pergi lunch together dekat office. Wanita tu tolong koyakkan sos dan tolong tuangkan dalam burger. Hati-hati. Lama-lama suami kamu akan tewas,” tulisnya.
Nasihat Para Isteri Layan Suami Walaupun Sekecil Benda
Pada masa yang sama, dia turut menasihatkan agar para isteri memberi layanan yang baik walaupun sekecil benda kepada suami masing-masing.
“Layan la suamimu walaupun kamu rasa ianya sekecil-kecil perkara, tetapi ia akan buat suamimu rasa dihargai dan mereka akan lebih menyayangi isteri,” katanya.
Hantaran Cetus Perdebatan Dalam Kalangan Netizen, Ada Kecam & Ada Yang Setuju
Perkongsian yang telah mendapat lebih 992,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila membaca kenyataan tersebut.
Ramai wanita khususnya isteri mengecam kenyataan lelaki terbabit.
Malah, ada yang mempersoal kegoyahan iman golongan lelaki yang mudah tewas dengan layanan wanita lain hanya dengan modal ‘mengoyakkan sos cili’ sedangkan pengorbanan si isteri jauh lagi besar.
Pun begitu, ada juga yang melihat nasihat tersebut dari sudut positif dan faham mesej yang cuba disampaikan.
Malah, ada yang merasakan perumpamaan itu hanyalah sebagai contoh walhal mesej yang ingin disampaikan adalah para wanita jangan culas melayan suami.
Ini antara komen menarik pengguna Thread:
“Habis Kalau Abang Gas Hantar Tong Dekat Rumah, Isteri Patut Tewas Juga Ke?”

“Koyak Sos Pun Kau Tewas, Belum Koyak Perut, Koyak Bawah Nak Keluarkan Zuriat”

“Brother Ni Hanya Minta Isteri Tambah Baik Layanan Je, Kan Kata Syurga?”

“Tolong Koyakkan Sos Atas Burger Pun Dah Lemah Iman, Mudahnya Cair”

“Saya Nampak Ibu Saya Hari-Hari Layan Ayah, End Up Ayah Still Kahwin Lain”

“Kalau Setakat Sos Dah Kalah, Perkuatkan Iman Di Dada”

“Koyak Sos Tu Perumpaan Je, Yang Dia Nak Sampaikan Jangan Culas Melayan Suami”

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Gelar Penyondol, Dia Sahabat Saya” – Tular Isteri Bantu Suami Kahwini Rakan Sendiri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nak I Dapat Wife Rosak” – Wanita Dedah Dimaki Suami Hanya Kerana Bersalin Czer
Source:
