Emma Suhaimi kembali dengan ‘Tersakiti’, raih sambutan hangat

EntertainmentMusic
18 Sep 2026 • 6:24 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Emma Suhaimi

PETALING JAYA: Single comeback ‘Tersakiti’ daripada bintang Akademi Fantasia (AF8), Emma Suhaimi, mendapat sambutan hangat daripada orang ramai selepas sebulan dilancarkan.

Single tersebut berjaya menembusi Top 30 carta ‘ERA 40’ dan minggu ini menduduki Top 10 carta tersebut di tangga kesembilan.

Dalam tempoh sebulan dimuat naik ke YouTube, muzik video rasmi lagu tersebut sudah mencapai lebih daripada 200,000 tontonan.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer ternama dari Indonesia, Ilham Baso, Tersakiti merupakan sebuah lagu balada yang mengangkat kisah luka, kekecewaan dan keberanian untuk melepaskan hubungan yang tidak lagi membawa kebahagiaan.

Emma Suhaimi

Menurut Emma, Tersakiti bukan sekadar sebuah lagu cinta yang berkisar tentang perpisahan, sebaliknya membawa mesej yang lebih besar mengenai kepentingan mencintai diri sendiri dan berani meninggalkan hubungan yang toksik.

Katanya, jalan cerita lagu tersebut cukup dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini kerana ramai yang memilih untuk memendam rasa dan terus bertahan walaupun sedar hubungan yang dilalui tidak lagi mendatangkan kebahagiaan.

“Mesej lagu ini sebenarnya sangat mudah, kalau kita sudah tahu berada dalam hubungan yang toksik, segeralah tinggalkan hubungan itu sebelum kita menjadi lebih Tersakiti.

“Kadang-kadang kita terlalu lama bertahan kerana berharap keadaan akan berubah, sedangkan akhirnya hanya diri sendiri yang semakin terluka,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas cabaran terbesar ketika merakamkan Tersakiti, Emma berkata, aspek paling sukar bukanlah dari sudut teknikal vokal, sebaliknya memastikan emosi dalam lagu benar-benar sampai kepada pendengar.

“Lagu ini memerlukan saya menyampaikan emosi mereka yang pernah Tersakiti. Saya bimbang jika emosi itu tidak dapat disampaikan dengan baik kerana bagi saya, lagu seperti ini bukan sekadar perlu dinyanyikan, tetapi perlu dirasai,” katanya.

Emma turut berharap Tersakiti mampu menjadi teman kepada mereka yang sedang melalui episod sukar dalam kehidupan, khususnya mereka yang selama ini memilih untuk menyimpan luka sendirian.

Single Tersakiti nyanyian Emma Suhaimi terbitan Nova Music Malaysia kini boleh distrim di semua platform penstriman muzik utama selepas dilancarkan pada 14 Ogos 2026, manakala muzik video rasminya boleh ditonton menerusi saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

The post Emma Suhaimi kembali dengan ‘Tersakiti’, raih sambutan hangat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved