
Kota Kinabalu: Perenang Emmanuel Loh Yung Ming (gambar) akan mewakili Malaysia dalam Sukan Remaja Asia Ke-3 yang akan berlangsung di Bahrain dari 28-31 Okt.
Perenang Sabah itu telah disenaraikan dalam skuad itu dan ia akan menjadi panggilan kedua buatnya oleh badan kebangsaan tahun ini berikutan penampilannya dalam Kejohanan Akuatik Kumpulan Umur Asia Tenggara ke-47 yang berlangsung di Singapura pada Jun lalu.
Presiden Persatuan Sukan Akuatik Sabah (Sasa) Danile Lee dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa mengucapkan tahniah kepada Emmanual kerana berjaya menyertai pasukan kebangsaan.
Daniel menyeru perenang itu agar memberikan yang terbaik dan membanggakan negeri dan negara.

![Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Malaysia vs Vietnam – 31 MAC 2026](https://cdn.newswav.com/img/topic/football.jpeg)