Apple telah menggunakan emoji oleh Unicode sejak iOS 5. Walaupun Unicode telah menetapkan kod dan maksud emoji, rekaannya bebas oleh pengeluar peranti. Contoh dari Apple, emoji kasut mengambil inspirasi dari New Balance 574 yang kerap dipakai mendiang Steve Jobs. Terbaru, emoji kasut larian ini telah dijadikan sebagai kasut sebenar.


Kasut ini direka oleh artis dan pereka Jose Wong dari China. Ia diberi nama sebagai Shoe 1, ia menggabungkan dengan bahan seperti luar kulit lembu, fabrik yang membolehkan kulit bernafas, tapak tengah (midsole) dan tapak pula diperbuat dari EVA. Kasut ini turut mengambil New Balance 574 sebagai inspirasi tetapi banyak rekaan adalah berdasarkan emoji Apple.

Luaran kasut seperti bahagian getah pada tapak diperbuat dari 5% bahan kitar semula dan pada tapak tengah terdapat rekaan bahagian dalaman iPhone. Kotak kasut turut direka untuk kelihatan seakan produk rasmi Apple. Jose Wong menawarkan pilihan saiz dari 5-12 dan kasut ini dijual pada harga $219.90 iaitu sekitar RM978.


- The Verge
