Emosi Anak-Anak Turut Terganggu, Aaron Aziz & Isteri Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah

EntertainmentFamily & Parenting
6 Oct 2025 • 7:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Aaron Aziz mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang didakwa melakukan buli siber dan menyebarkan fitnah membabitkan dirinya dan keluarga.

Menerusi Instagram, isteri aktor itu, Diyana Halik berkata mereka melalui hari-hari yang sukar dan tertekan sejak dua hari yang lalu.

image is not available

Kata Diyana, dia dan Aaron tidak boleh berdiam diri dan mengabaikan perkara tersebut kerana anak-anak mereka turut terpalit disebabkan hantaran wanita berkenaan.

Selalunya saya akan minta suami biarkan sahaja tetapi (disebabkan) anak-anak dan suami sangat terkesan dengan (fitnah) ini, saya rasa ini adalah pilihan terbaik (tindakan undang-undang).

Diyana turut berkongsi tangkap layar foto memaparkan mereka sekeluarga sedang membuat panggilan video, dan anak mereka yang kini berjauhan berada di luar negara juga turut terganggu emosi.

Melihat dua anak saya menangis dari jauh membuatkan kami rasa tidak berdaya. Hari lahir yang menyedihkan bagi Danish.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diyana Halik (@diyanahalik)

Fitnah itu dikatakan berpunca daripada salah faham apabila wanita berkenaan mengambil potongan video dan memberikan kenyataan berhubung isu Global Sumud Flotilla (GSF).

Video tersebut merupakan temu bual Aaron tentang kesedaran mengenai Gaza dan ia dirakam sebelum misi kemanusiaan tersebut dimulakan.

Disebabkan video wanita itu, ramai menuduh Aaron tidak serius dalam menyokong Palestin dan menghentamnya kerana disangka tidak cakna tentang GSF dan perjuangan para aktivis.

image is not available 2025-10-05 12:39:47

"Awak Telah Tabur Fitnah Terhadap Bapa Saya..." - Anak Aaron Aziz Mahu Sharina Mohon Maaf Dengan Betul & Padam Video