“Sekali ketika ibunya meninggal, sekali ini” – Anak Aaron Aziz Kongsi Bapa ‘Breakdown’ Selepas Dib*li Netizen

Entertainment
6 Oct 2025 • 10:22 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, pelakon yang sinonim dengan filem aksi, Aaron Aziz telah dilemparkan fitnah apabila videonya bercakap mengenai isu Gaza, Palestin telah dipotong tanpa konteks sebenar.

Perkara itu membuat pelakon asal Singapura itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut.

Pun begitu, anak kepada Aaron Aziz, Dwi Ariana menerusi laman Threads miliknya berkongsi rakaman CCTV di mana bapanya itu meskipun berperwatakan gagah dilihat menangis atau kata lain pelakon itu sedang breakdown.

Lebih menyedihkan, anaknya itu berkongsi ini merupakan kali kedua bapanya itu menangis sedemikian, pertama kali ketika ibu Aaron Aziz meninggal dan ini yang kedua.

 

View on Threads

 

“Buli ini memang teruk. Sepanjang 19 tahun hidup saya, saya hanya pernah melihat ayah saya menangis dua kali — sekali ketika ibunya meninggal dunia dan sekali lagi malam tadi.

Belum lagi dikira air mata yang dititiskan oleh ibu saya, jadi bila ibu bapa saya menangis, itu tandanya sudah sampai masa untuk bertindak.

Jadi ya, kami akan bawa perkara ini ke mahkamah. Malangnya, saya tak peduli kalau dia terpaksa hidup merempat atau cari along,” tulisnya.

Dalam pada itu, setakat artikel ini ditulis, individu berkenaan dilihat masih tidak memadam video berkenaan namun telah membuat permohonan maaf.

 

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.