Empat anggota polis ditahan proses, ambil ketum

6 Jan 2024 • 6:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Allaudeen

KUALA LUMPUR - Tindakan empat anggota polis memproses ketum dipercayai untuk kegunaan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Tan Yew Lai dekat sini pada Khamis.

Kesemua anggota polis berumur antara 25 hingga 50 tahun ditahan ketika serbuan dijalankan pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman (JIPS) kira-kira jam 2.15 pagi.

Tiga daripada suspek yang ditahan bertugas di Balai Polis Petaling manakala seorang lagi suspek bertugas di Unit Siasatan Jenayah Berat D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Kesemua anggota polis terlibat telah ditahan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952," katanya pada Sabtu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved