
Kota Kinabalu: Empat atlet gusti lengan Sabah dinobatkan sebagai juara dunia selepas meraih pingat emas pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia IFA 2023 yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.
Bekas juara Joffey Jolly adalah satu-satunya pemenang senior dalam kategori tangan kanan lelaki -70kg, selepas memenanginya buat kali pertama pada 2019.
Pemenang pingat emas lain ialah Wayner Weew Oliver (bawah-18 tangan kanan -63kg), Junior Daniel Marcus (bawah-15 tangan kanan -70kg) dan Nathanael Evander Sooyon (bawah-15 tangan kiri 70kg).
Pasukan Malaysia mengumpul sejumlah 10 emas, lapan perak dan 12 gangsa untuk menduduki tempat kelima dalam pertandingan tujuh hari itu yang disertai kira-kira 500 atlet dari 31 negara.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Seramai 14 atlet Sabah mewakili negara dan selain empat pingat emas, mereka turut menyumbang tiga perak menerusi Nathanel Evander Sooyon (bawah-15 tangan kanan 70kg), Radical Randie Mu (bawah-21 tangan kanan +95kg) dan Junior Daniel Marcus (bawah-18 tangan kiri -70kg), serta lima gangsa daripada Jolly Johnson (grandmaster tangan kanan 86kg), Wayner Weew Oliver (bawah-18 tangan kiri -63kg), Raymond Wong Chung Phin (senior tangan kanan -70kg), Radical Randie Mu (bawah-21 tangan kiri +95kg) dan Juan Gary Dalliam Binchos (bawah-18 tangan kanan 78kg+).
Kepulangan kontinjen negeri pada Ahad disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin dan ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Ellron berbangga dengan pencapaian atlet negeri itu dan berharap sukan itu akan semakin popular di negara ini dan dapat diketengahkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan SEA akan datang.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

