Empat beranak terperangkap dalam kebakaran rumah kedai

24 Nov 2024 • 8:19 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kebakaran di rumah kedai di Kampung Sungai Chua, di sini, pada Ahad.

image is not available
Api marak membakar rumah kedai di Kampung Sungai Chua, di sini, pada Ahad.

image is not available
Empat beranak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kebakaran di rumah kedai di Kampung Sungai Chua, Kajang.

image is not available
Satu unit rumah kedai dua tingkat terbakar di bahagian atas dan bawah sebelah kanan.

KAJANG - Empat beranak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kebakaran di rumah kedai di Kampung Sungai Chua, di sini, pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.28 pagi.

"Seramai 23 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan BBP Bandar Tun Hussein Onn bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati satu unit rumah kedai dua tingkat terbakar di bahagian atas dan bawah sebelah kanan.

"Anggaran kemusnahan adalah 75 peratus, selain itu terdapat tiga unit kedai berkembar musnah terbakar 90 peratus," katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa berusia 27 tahun hingga 58 tahun terperangkap di belakang kedai berkenaan.

"Kita terpaksa menggunakan 'bolt cutter' untuk membuka pintu, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan.

"Suami mangsa dibawa ke Hospital Kajang dengan ambulans kerana mengalami sesak nafas, manakala ahli keluarganya pula tidak mengalami kecederaan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved