Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Terbenam Dalam Lumpur Paras Pinggang Ketika Meracun Rumput Di Sawah Padi

26 Oct 2024 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki warga emas yang juga pesawah berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam lumpur sedalam paras pinggang di kawasan sawah padi di sebuah kampung di Kota Belud, Sabah, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki warga emas yang berusia 75 tahun itu terbenam di dalam lumpur di sawah padi itu ketika dia sedang meracun rumput di kawasan terbabit.

Difahamkan, separuh daripada badannya telah terbenam di dalam lumpur beberapa jam sejak pagi lagi.

Warga emas itu hanya disedari sedang terbenam di dalam lumpur oleh penduduk kampung pada jam 2.30 petang.

image is not available

Pihak bomba telah bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam lumpur itu setelah dihubungi oleh penduduk sekitar.

Ketika pihak bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, difahamkan mangsa dilihat keletihan kerana sebelum itu, dia telah cuba untuk keluar sendiri dari terperangkap dalam lumpur berkenaan.

Mangsa berjaya diselamatkan dan operasi menyelamatkan itu selesai pada sekitar jam 3.57 petang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.