Empat Bulan Bernikah, Isteri Fikry Ibrahim Hadir Di Mahkamah Fail Permohonan Cerai

LocalEntertainment
19 Jun 2025 • 10:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tiada angin tiada ribut, isteri kepada pengacara dan pelakon, Fikry Ibrahim dilaporkan memfailkan permohonan cerai selepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Siti Khalizah Alihan selaku plaintif dilihat hadir ke dewan bicara di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memakai jubah berona hitam pada jam 9.40 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Siti Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib dan ketika ditanya tentang kehadiran Fikry,

Ya (permohonan cerai), tapi saya tak nampak dia (Fikry) lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)

Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung jam 9 pagi tadi di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah diijab kabulkan di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup.

image is not available 2 days ago

Terpalit Kes Amang Seks*al, Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah