Empat cedera ambulans terbabas dalam parit

9 Jul 2024 • 11:49 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

IPOH: Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian pada 3.30 pagi itu membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Lelaki warga emas dan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah manakala dua lelaki pula hanya cedera ringan.

“Warga emas itu adalah pesakit yang dibawa menaiki ambulans dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping bagi pemeriksaan kesihatan.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.