Pemandu Lamborghini maut, kereta terbabas dan terbakar

30 Jun 2024 • 5:04 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUANTAN - Pemandu kereta jenama Lamborghini maut, manakala seorang penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di KM 57.1 Jalan Bentong-Karak arah Timur hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sejurus tiba di lokasi kejadian, operasi pemadaman api dilakukan sebelum mengeluarkan pemandu lelaki yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Menurut beliau, pemandu itu telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

"Penumpang wanita kereta itu pula telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam," kata beliau ketika dihubungi. - 30 Jun, 2024