Kemalangan Berantai Di Jalan Sibu-Bintulu, 4 Orang Cedera Termasuk Bayi 3 Bulan

31 Dec 2023 • 10:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

4 Cedera termasuk bayi dalam kemalangan jalan raya Sibu-Bintulu

Kemalangan Berantai Di Jalan Sibu-Bintulu, 4 Orang Cedera Termasuk Bayi 3 Bulan. Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan merupakan antara empat orang yang mengalami kecederaan dalam satu kemalangan berantai yang melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan tiga buah kereta di Kilometer 61 Jalan Sibu-Bintulu pada tengah hari Sabtu.

Menurut sumber, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tatau, Jankey Jikat mengesahkan dalam bahawa tiga lagi mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 38 tahun turut mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.

image is not available
Kemalangan Berantai Di Jalan Sibu-Bintulu, 4 Orang Cedera Termasuk Bayi 3 Bulan. Sumber: utusanborneo

“Pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 12.50 tengah hari,” katanya.

Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan berantai yang melibatkan empat buah kenderaan.

5 penumpang lain tidak cedera

Difahamkan, lima penumpang lain yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, tambahnya.

Dalam pada itu, kesemua mangsa yang cedera kemudiannya telah dihantar ke Klinik Kesihatan Tatau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kemalangan:

https://www.iloveborneo.my/kemalangan-maut-di-semporna-kanak-kanak-tiga-tahun-dan-bayi-tiga-bulan-maut-di-lokasi-kejadian/

https://www.iloveborneo.my/kemalangan-ngeri-dua-lori-bayi-setahun-merangkak-keluar-dari-kenderaan-remuk-cari-ibu/