Empat daerah di Selangor, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 2 pagi esok

29 Aug 2022 • 11:14 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 2 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka di negeri ini melibatkan daerah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Seluruh Putrajaya, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga diramal mengalami situasi sama.

Manakala Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai; Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Temerloh), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) serta Sarawak di Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved