Hujan Berterusan, Enam Sungai Di Selangor Dilapor Lepasi Paras Bahaya & Waspada

30 Aug 2022 • 12:28 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Berterusan, Enam Sungai Di Selangor Dilapor Lepasi Paras Bahaya & Waspada

PETALING JAYA – Enam sungai di Selangor di empat daerah dilaporkan melebihi paras bahaya dan waspada akibat hujan lebat berterusan sejak dari siang tadi.

Merujuk laman web info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat pukul 11 malam, terdapat empat sungai di daerah Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang telah meningkat melebihi paras bahaya.

Empat sungai tersebut melibatkan Sungai Beranang di Pekan Beranang, Hulu Langat dengan bacaan 32.14 meter (m)Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang (12.74 m), Sungai Langat di Dengkil, Sepang (7.61 m ) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat (4.21 m).

Selain itu, Sungai Bakul di Kg. Budiman (Petaling) dan Sungai Jenderam di Jenderam Hulu, Sepang mencatatkan bacaan 7.53m dan 11.31 m melebihi paras waspada.

Sumber : Kosmo