
TAWAU: Polis di sini memberkas empat suspek, termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah dan merampas 503.70 gram syabu dianggarkan bernilai RM17, 000 dalam operasi berasingan dari Isnin hingga Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, dua suspek pertama ditangkap di kawasan bandar sekitar jam 10.15 malam pada Isnin, manakala, dua lagi suspek dijejaki di sepanjang Jalan Kalabakan jam 3 pagi pada Selasa.
AdvertisementMenurutnya, sebuah kereta Perodua Bezza digunakan suspek lelaki dan wanita berusia 29 dan 35 tahun yang kedua-duanya warga tempatan di kawasan bandar, turut dirampas.
“Satu bungkusan syabu dirampas dari dua lelaki warga asing berusia antara 20an dan 40an yang merupakan buruh ladang.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Penangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah bersama pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Polis Daerah Tawau.
“Kesemua suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata Jasmin dalam kenyataan di sini, Rabu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki warga asing positif syabu, manakala kedua-dua suspek lelaki dan wanita pula negatif dari sebarang jenis dadah.
Katanya, polis kini sedang menjalankan siasatan bagi memastikan rangkaian pengedaran dadah tersebut dapat ditangani sepenuhnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Tindakan berterusan ini adalah sebahagian daripada usaha polis dalam membanteras jenayah dadah di negeri ini, terutamanya di Tawau,”katanya lagi.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk terus bekerjasama dalam memerangi jenayah mahupun dadah dengan menyalurkan maklumat kepada polis bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti di daerah ini terjaga.



