Pelawak Lelaki Miliki Ganja Didakwa Jumaat

19 Dec 2024 • 9:30 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu akan dituduh di mahkamah Sepang pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa lelaki berusia 41 tahun itu selepas kertas pertuduhan dirujuk pada Khamis.


"Lelaki yang merupakan selebriti ini akan dituduh di mahkamah pada esok (Jumaat), arahan baru diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Menurut Norhizam, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 suspek akan akan dijalankan di Mahkamah Sesyen.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.


Sementara bagi pertuduhan melibatkan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, pula suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret.


Artis terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.


Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).


Sumber: Astro AWANI 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved