Empat ditahan bantu siasatan keluar wang guna dokumen palsu

15 Apr 2024 • 4:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

SIBU - Polis menahan empat individu termasuk dua penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan kes pengeluaran wang menerusi Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGumis) berjumlah lebih RM175,000 dipercayai menggunakan dokumen palsu.

Tiga daripada mereka termasuk seorang wanita ditangkap pada Isnin manakala seorang lagi diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili yang mengesahkan tangkapan berkenaan ketika dihubungi turut memaklumkan dua lagi individu merupakan orang awam.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya bertindak atas tiga laporan oleh pengadu yang berlainan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Sibu pada Isnin membenarkan permohonan reman terhadap keempat-empat individu berkenaan yang berusia antara 29 dan 42 tahun bermula hari ini hingga 18 April.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memalsukan dokumen. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved