Empat individu ditahan bantu siasatan keluar wang guna dokumen palsu

15 Apr 2024 • 5:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SIBU: Polis menahan empat individu termasuk dua penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan kes pengeluaran wang menerusi Electronic Government Unclaimed Money Information System (eGumis) berjumlah lebih RM175,000 dipercayai menggunakan dokumen palsu.

Tiga daripada mereka termasuk seorang wanita ditangkap hari ini manakala seorang lagi diberkas semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili yang mengesahkan tangkapan berkenaan ketika dihubungi turut memaklumkan dua lagi individu merupakan orang awam.

Beliau berkata tangkapan dilakukan selepas pihaknya bertindak atas tiga laporan oleh pengadu yang berlainan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Sibu hari ini membenarkan permohonan reman terhadap keempat-empat individu berkenaan yang berusia antara 29 dan 42 tahun bermula hari ini hingga 18 April.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan kerana menipu dan memalsukan dokumen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved